Company Announcements

Ingredion Incorporated Melaporkan Pertumbuhan Kukuh yang Berterusan dalam Suku Ketiga Tahun 2022

Source: OMX
Ingredion Incorporated Melaporkan Pertumbuhan Kukuh yang Berterusan dalam Suku Ketiga Tahun 2022
  • Jualan bersih suku ketiga tahun 2022 sebanyak $2,023 juta, 15% lebih tinggi berdasarkan laporan dan 19% lebih tinggi tidak termasuk impak pertukaran asing berbanding tempoh sama pada tahun 2021
  • EPS* terlapor dan terlaras suku ketiga tahun 2022 masing-masing ialah $1.59 dan $1.73, berbanding EPS terlapor dan terlaras suku ketiga tahun 2021 iaitu masing-masing $1.75 dan 1.67
  • Syarikat telah mengemaskinikan gambaran tahun penuh 2022 EPS terlaras dalam lingkungan $7.00-$7.45 berbanding gambaran sebelumnya iaitu $6.90-$7.45

WESTCHESTER, Ill., Nov. 07, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), sebuah pembekal global terkemuka bagi penyelesaian ramuan kepada industri perkilangan makanan dan minuman, hari ini melaporkan hasilnya bagi suku ketiga tahun 2022. Hasil itu dilaporkan menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. bagi tahun 2022 dan 2021, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat.

“Ingredion mencapai satu lagi suku tahun yang memberangsangkan dengan jualan bersih naik sebanyak 15%” ujar Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif Ingredion. “Hasil tersebut dipacu oleh permintaan kukuh merentasi kedua-dua bahan asas dan istimewa yang digabungkan dengan pengurusan harga dinamik di setiap rantau pada tahun tersebut yang di terajui oleh pusat penentuan harga kami yang cemerlang. Kami mengimbangi kos input yang lebih tinggi sepenuhnya, memperluaskan margin kasar dan mencapai perkembangan pendapatan operasi yang teguh.

“Bahan pengkhususan terus berkembang dengan pertumbuhan digit berganda apabila kami melaksanakan ‘Driving Growth Roadmap’ kami, dengan pencapaian margin jualan bersih dan untung kasar yang lebih tinggi merentasi kesemua empat rantau kami pada tahun lepas” tambah Zallie. “Antara sorotan pada suku tahun tersebut, kami telah melaksanakan kemudahan pengeluaran baru kami di Shandong, China, dengan kapasiti pengeluaran kanji tempatan kami meningkat lebih daripada dua kali ganda untuk menampung pasaran ini yang semakin besar dan berkembang. Perkembangan ini yang kena pada waktunya juga membolehkan kami memanfaatkan kapasiti rangkaian baharu kami untuk menyokong para pelanggan Eropah yang bimbang tentang kekurangan dalam industri yang dijangka untuk beberapa produk kanji akibat kemarau musim panas yang teruk. Tambahan lagi, dengan menyokong platform pertumbuhan pengurangan gula kami, kami telah menerima kelulusan Kesatuan Eropah untuk penyelesaian biotukar stevia Reb M kami, yang selanjutnya menyediakan kami kedudukan untuk membangunkan francais PureCircle kami.

“Sementara persekitaran makro berada dalam keadaan tidak pasti, pasukan kami terus melakukan usaha yang terbaik untuk mengimbangi peningkatan inflasi dan pertukaran asing sambil mengatasi cabaran rantaian bekalan untuk merealisasikan pertumbuhan. Sambil kami memandang ke hadapan, kami memantau permintaan pelanggan dengan rapi dan giat berusaha untuk memastikan keperluan masa kini serta masa depan mereka dipenuhi.

*Perolehan sesaham tercair terlaras (“EPS terlaras”), pendapatan operasi terlaras, kadar cukai pendapatan efektif terlaras dan purata berwajaran cair terlaras saham biasa adalah ukuran kewangan bukan-GAAP. Lihat seksyen II Maklumat Kewangan Tambahan bertajuk “Maklumat Bukan GAAP” berikutan Penyata Kewangan Disatukan Ringkas yang disertakan dalam siaran akhbar ini untuk penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP ini dengan ukuran kewangan GAAP yang secara langsung paling sebanding.

Perolehan Sesaham Tercair (EPS)

 3Q213Q22YTD21YTD22
Reported EPS$1.75$1.59$0.74$5.63
Restructuring/Impairment costs0.10-0.250.05
Acquisition/Integration costs0.06-0.090.01
Impairment***(0.30)-5.02-
Tax items and other matters0.060.14(0.52)0.11
Adjusted EPS**$1.67$1.73$5.58$5.80


Faktor yang dianggarkan memberi kesan terhadap perubahan nilai EPS yang Terlapor dan Terlaras

 3Q22YTD22
Total items affecting EPS**0.060.22
Total operating items0.330.51
Margin0.470.89
Volume0.01(0.14)
Foreign exchange(0.12)(0.23)
Other income(0.03)(0.01)
Total non-operating items(0.27)(0.29)
Other non-operating income--
Financing costs(0.04)(0.07)
Shares outstanding0.030.06
Non-controlling interests(0.03)(0.03)
Tax rate(0.23)(0.25)

**Jumlah akhir mungkin tidak sama disebabkan pembundaran; ***Berhubung dengan pengumuman usaha sama Argentina, 2021 melaporkan hasil menunjukkan aset sebanyak $340 juta dipegang untuk caj pelemahan jualan, jumlah bersih sebanyak $20 juta pelarasan lebihan dibuat dalam suku ketiga tahun 2021, termasuk $311 juta kerugian terjemahan kumulatif.

Sorotan Kewangan

  • Pada 30 September 2022, jumlah hutang dan tunai termasuk pelaburan jangka pendek masing-masing mencapai jumlah $2.4 bilion dan $298 juta berbanding pencapaian masing-masing berjumlah $2.0 bilion dan $332 juta pada 31 Disember 2021.
  • Kos pembiayaan bersih bagi suku tahun ketiga adalah RM24 juta berbanding RM20 juta bagi tempoh tahun lalu.
  • Kadar cukai terlaras dan terlapor bagi suku ketiga masing-masing ialah 32.3 peratus dan 30.6 peratus, berbanding 22.2 peratus dan 21.5 peratus masing-masing bagi tempoh tahun lalu. Peningkatan dalam kadar cukai pendapatan berkesan terlapor khususnya didorong oleh implikasi cukai antarabangsa A.S termasuk kredit cukai asing dan pelarasan caj pelemahan dalam suku ketiga tahun 2021.
  • Perbelanjaan modal bersih penuh yang terkini ialah $196 juta, menaik sebanyak $10 juta sejak tempoh setahun yang lalu.

Ulasan Perniagaan

Jumlah Ingredion
Jualan Bersih

$ in millions2021FX
Impact
VolumeArgentina JV
Volume*
Price mix2022ChangeChange
excl. FX
Third Quarter1,763(71)14(18)3352,02315%19%
Year-to-Date5,139(136)156(146)9465,95916%19%

* Berhubung dengan pengumuman usaha sama Argentina, keputusan laporan tahun 2021 adalah sebahagian daripada perniagaan yang dipindahkan

Pendapatan Operasi Terlapor

$ in millions2021FX
Impact
Business
Drivers
Acquisition /
Integration
Restructuring
/ Impairment
Other2022ChangeChange
excl. FX
Third Quarter172(10)3838(29)1826%12%
Year-to-Date224(21)68018316605170%179%

Pendapatan Operasi Terlaras

$ in millions2021FX ImpactBusiness
Drivers
2022ChangeChange
excl. FX
Third Quarter163(10)3819117%23%
Year-to-Date572(21)686198%12%

Jualan Bersih

  • Jualan bersih suku ketiga dan sehingga tahun kini telah meningkat dari tempoh tahun lalu. Peningkatan ini didorong oleh campuran harga dan jumlah yang teguh, yang diimbangi sebahagiannya oleh laping jumlah jualan bersih Argentina yang disatukan bagi tahun sebelumnya. Tidak mengambil kira impak pertukaran asing, jualan bersih meningkat 19%, bagi suku tahun dan tahun hingga kini.

Pendapatan Operasi

  • Pendapatan operasi terlapor dan terlaras suku tahun ketiga masing-masing ialah $182 juta dan $191 juta, peningkatan masing-masing sebanyak 6% dan 17% sejak tempoh sama tahun lalu. Peningkatan dalam pendapatan operasi terlapor didorong oleh campuran harga lebihan yang sebahagiannya diimbangi oleh pelarasan lebihan tahun sebelumnya kepada Argentina yang dipegang untuk pelemahan jualan. Peningkatan dalam pendapatan operasi terlaras didorong oleh campuran harga kukuh yang lebih daripada mengimbangi kos jagung dan input yang lebih tinggi. Tidak termasuk impak pertukaran asing, pendapatan operasi terlapor dan terlaras masing-masing meningkat 12% dan 23% sejak tempoh sama tahun lalu.
  • Pendapatan operasi terlaras dan terlapor tahunan hingga kini masing-masing ialah $605 juta dan $619 juta peningkatan masing-masing sebanyak 170% dan 8% sejak tempoh sama tahun lalu. Penambahan pendapatan operasi terlapor berpunca daripada pegangan tahun sebelumnya bagi caj pelemahan jualan berhubung dengan usaha sama Argentina. Peningkatan dalam pendapatan operasi terlaras didorong oleh campuran harga kukuh yang lebih daripada mengimbangi kos jagung dan input yang lebih tinggi. Tidak termasuk impak pertukaran asing, pendapatan operasi terlapor dan terlaras masing-masing meningkat 179% dan 12% sejak tempoh sama tahun lalu.

Amerika Utara
Jualan bersih

$ in millions2021FX
Impact
VolumePrice
mix
2022ChangeChange
excl. FX
Third Quarter1,083(6)(4)1891,26217%17%
Year-to-Date3,096(10)485863,72020%20%

Pendapatan Operasi Segmen

$ in millions2021FX ImpactBusiness Drivers2022ChangeChange
excl. FX
Third Quarter120061265%5%
Year-to-Date403(1)4144310%10%
  • Pendapatan operasi suku tahun ketiga untuk Amerika Utara ialah $126 juta, kenaikan sebanyak $6 juta berbanding tempoh tahun lepas, dan pendapatan operasi tahun hingga kini ialah $443 juta, kenaikan sebanyak $40 juta dari tempoh tahun tahun. Bagi kedua-dua nilai suku tahun dan tahunan hingga kini, peningkatan tersebut didorong oleh campuran harga lebihan yang jauh daripada mengimbangi kos jagung dan input yang lebih tinggi.

Amerika Selatan
Jualan bersih

$ in millions2021FX
Impact
VolumeArgentina
JV Volume*
Price
mix
2022ChangeChange
excl. FX
Third Quarter260(9)7(18)5329313%16%
Year-to-Date801(2)30(146)1528354%4%

* Berhubung dengan pengumuman usaha sama Argentina, keputusan laporan tahun 2021 adalah sebahagian daripada perniagaan yang dipindahkan

Pendapatan Operasi Segmen

$ in millions2021FX ImpactBusiness
Drivers
2022ChangeChange
excl. FX
Third Quarter35(2)154837%43%
Year-to-Date10801712516%16%
  • Pendapatan operasi suku tahun ketiga untuk Amerika Selatan ialah $48 juta, kenaikan sebanyak $13 juta berbanding tempoh tahun lepas, dan pendapatan operasi tahun hingga kini ialah $125 juta, kenaikan sebanyak $17 juta dari tempoh tahun tahun. Bagi kedua-dua nilai suku tahun dan tahunan hingga kini, peningkatan tersebut didorong oleh campuran harga lebihan dan volum lebih tinggi yang jauh mengimbangi kos jagung dan input yang lebih tinggi. Tidak termasuk impak pertukaran asing, pendapatan operasi segmen masing-masing meningkat 43% dan 16% bagi suku tahun ketiga dan tahun hingga kini.

Asia Pasifik
Jualan bersih

$ in millions2021FX
Impact
VolumePrice
mix
2022ChangeChange
excl. FX
Third Quarter245(23)144227813%23%
Year-to-Date728(54)569582513%21%

Pendapatan Operasi Segmen

$ in millions2021FX ImpactBusiness
Drivers
2022ChangeChange
excl. FX
Third Quarter21(3)92729%43%
Year-to-Date70(7)7700%10%
  • Pendapatan operasi suku tahun ketiga Asia-Pasifik berjumlah $27 juta, meningkat $6 juta berbanding tempoh tahun lepas, dan pendapatan operasi setakat tahun kini berjumlah $70 juta, sama rata berbanding tempoh tahun lepas. Bagi kedua-dua nilai suku tahun dan tahunan hingga kini, perubahan didorong oleh campuran harga lebihan yang lebih daripada mengimbangi impak kos input dan pertukaran asing yang lebih tinggi. Tidak termasuk impak pertukaran asing, pendapatan operasi segmen masing-masing meningkat 43% dan 10% bagi suku tahun ketiga dan tahun hingga kini.

Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA)
Jualan bersih

$ in millions2021FX
Impact
VolumePrice
mix
2022ChangeChange
excl. FX
Third Quarter175(33)(3)511909%27%
Year-to-Date514(70)2211357913%26%

Pendapatan Operasi Segmen

$ in millions2021FX ImpactBusiness Drivers2022ChangeChange
excl. FX
Third Quarter23(5)123030%52%
Year-to-Date86(13)17905%20%
  • Pendapatan operasi suku tahun ketiga untuk EMEA ialah $30 juta, meningkat $7 juta berbanding tempoh tahun lepas, dan pendapatan operasi tahun hingga kini ialah $90 juta, meningkat $4 juta dari tempoh tahun sebelumnya. Bagi kedua-dua suku ketiga dan tahun berakhir, lebihan di Eropah telah diimbangi sebahagiannya oleh cabaran di Pakistan dan impak pertukaran asing merentasi rantau. Tidak termasuk impak pertukaran asing, pendapatan operasi segmen bagi suku tahun ketiga dan tahun berakhir masing-masing telah meningkat 52% dan 20%.

Dividen dan Pembelian Semula Saham
Bagi tiga suku tahun pertama 2022, Syarikat telah membayar dividen berjumlah $133 juta, dan dalam suku tahun ketiga telah mengisytiharkan dividen suku tahun sebanyak $0.71 sesaham yang perlu dibayar dalam suku tahun keempat. Ini adalah peningkatan sebanyak 9% daripada dividen sebelumnya dan adalah peningkatan tahunan bagi tahun yang kelapan secara berturut-turut. Pada suku tahun tersebut, Syarikat telah membeli semula $29 juta saham belum lunas bagi saham biasa, yang membawa jumlah bahagian pembelian semula Ingredion bagi tiga suku tahun pertama 2022 sebanyak $112 juta. Pada 26 September 2022, Syarikat telah memberi kelulusan bagi program pembelian semula saham baharu sehingga 6 juta saham sehingga Disember 2025, yang menggantikan program terdahulu. Ingredion menganggap pulangan nilai kepada pemegang saham melalui dividen tunai dan pembelian balik saham sebagai sebahagian daripada strategi peruntukan modalnya untuk menyokong jumlah pulangan pemegang saham.

Ramalan Keseluruhan Tahun 2022
Kini Syarikat menjangkakan ramalannya bagi EPS terlapor untuk keseluruhan tahun 2022 dalam lingkungan $6.90 hingga $7.20. EPS terlaras kini dijangka dalam lingkungan $7.00 hingga $7.45, berbanding EPS terlaras sebanyak $6.67 dalam tahun 2021 dan berbanding ramalan sebelumnya sebanyak $6.90 hingga $7.45. Jangkaan ini tidak termasuk pemerolehan berkaitan dengan kos integrasi dan penyusunan semula, serta mana-mana kos pelemahan nilai yang boleh berlaku.

Syarikat menjangkakan jualan bersih bagi keseluruhan tahun 2022 mencapai digit berganda pertengahan dan pendapatan operasi terlaras pada digit berganda yang rendah.

Berbanding tahun lepas, ramalan tahun penuh 2022 mengandaikan yang berikut: Pendapatan operasi Amerika Utara dijangka naik rendah hingga digit berganda pertengahan, didorong oleh campuran harga lebihan yang jauh mengimbangi kos jagung dan input lain yang lebih tinggi; pendapatan operasi Amerika Selatan kini dijangka akan naik dalam digit berganda, didorong oleh campuran harga lebihan; pendapatan operasi Asia-Pasifik kini dijangka akan naik dalam digit tunggal pertengahan, didorong oleh pertumbuhan PureCircle; dan pendapatan operasi EMEA dijangka kini mendatar hingga kenaikan rendah digit tunggal, didorong oleh campuran harga lebihan yang diimbangi sebahagiannya oleh kos input yang lebih tinggi dan impak pertukaran asing. Kos korporat dijangka berada dalam satu digit pertengahan.

Bagi keseluruhan tahun 2022, Syarikat kini menjangka kadar cukai efektif terlapor sebanyak 28.0 peratus hingga 31.5 peratus dan kadar cukai efektif terlaras sebanyak 28.5 peratus hingga 29.5 peratus.

Wang tunai daripada operasi bagi keseluruhan tahun 2022 kini dijangka dalam lingkungan $225 juta hingga $275 juta, yang menggambarkan peningkatan yang dijangka dalam baki modal kerja kami akibat kod jagung yang lebih tinggi. Perbelanjaan modal untuk tahun penuh dijangka antara $290 juta dan $320 juta.

Butir-butir Panggilan Persidangan dan Siar Web
Ingredion akan jadi tuan rumah bagi suatu panggilan persidangan pada hari Khamis, 3 November 2022, jam 8 pagi Waktu Tengah / 9 pagi Waktu Timur, diacarakan oleh Jim Zallie, presiden dan ketua pegawai eksekutif dan Jim Gray, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai kewangan. Panggilan akan disiarkan dalam web dalam masa nyata dan boleh diakses di https://ir.ingredionincorporated.com/events-and-presentations. Suatu pembentangan yang mengandungi maklumat kewangan dan operasi tambahan boleh diakses melalui tapak web Syarikat, dan boleh dimuat turun beberapa jam sebelum panggilan dimulakan. Main semula akan tersedia untuk masa terhad di: https://ir.ingredionincorporated.com/financial-information/quarterly-results.

Perihal Syarikat
Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), yang beribu pejabat di pinggir bandar Chicago, ialah penyedia penyelesaian ramuan global terkemuka yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 120 negara. Dengan jualan bersih tahunan 2021 sebanyak $6.9 bilion, Syarikat memproses biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan tumbuhan lain untuk menjadi penyelesaian bahan tambah nilai untuk industri makanan, minuman, pemakanan haiwan, pembuatan bir dan industri lain. Dengan pusat inovasi Idea Labs® Ingredion di seluruh dunia dan kira-kira 12,000 pekerja, Syarikat mencipta bersama dengan pelanggan dan memenuhi tujuannya untuk menyatukan potensi manusia, alam semula jadi dan teknologi untuk menjadikan kehidupan lebih baik. Layari ingredion.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan berita Syarikat yang terkini.

Pernyataan Prospektif

Siaran berita ini mengandungi atau mungkin mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 sebagaimana yang dipinda dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934 sebagaimana yang dipinda. Syarikat bermaksud pernyataan prospektif ini untuk dilindungi oleh peruntukan penyimpanan selamat bagi pernyataan tersebut.

Pernyataan prospektif termasuk, mana-mana pernyataan mengenai jangkaan Syarikat bagi jualan bersih keseluruhan tahun 2022, pendapatan operasi terlaras, EPS yang terlapor dan terlaras, pendapatan operasi segmen, kadar cukai efektif yang terlapor dan terlaras, aliran tunai daripada operasi, dan perbelanjaan modal dan mana-mana pernyataan lain mengenai prospek Syarikat dan operasi masa depannya, keadaan kewangan, jualan bersih, pendapatan operasi, volum, kos korporat, kadar cukai, perbelanjaan modal, aliran tunai, perbelanjaan atau item kewangan lain, termasuk pelan atau strategi dan objektif bagi mana-mana yang disebut di atas, dan apa-apa andaian, jangkaan atau kepercayaan yang mendasari apa-apa yang disebutkan di atas.

Pernyataan ini ada kalanya dikenal pasti dengan penggunaan perkataan yang memandang ke hadapan seperti “mungkin,” “akan,” “hendaklah,” “menduga,” “andaian,” “percaya,” “pelan,” “projek” “anggaran,” “jangka” “bercadang,” “meneruskan,” “proforma,” “ramal,” “pandangan,” “menggerakkan,” “peluang,” “potensi”, “sementara,” atau ungkapan lain yang serupa atau bertentangan dengannya. Semua pernyataan selain pernyataan fakta sejarah dalam siaran ini atau dirujuk dalam siaran berita ini ialah “pernyataan prospektif”.

Pernyataan ini berdasarkan keadaan atau jangkaan semasa, tetapi tertakluk pada risiko dan ketidakpastian inheren tertentu yang kebanyakannya sukar untuk diramal dan berada di luar kawalan kami. Walaupun kami yakin bahawa jangkaan kami yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan prospektif ini adalah berdasarkan anggapan yang munasabah, pelabur diingatkan bahawa kami tidak dapat memberikan jaminan bahawa jangkaan kami akan terbukti benar.

Hasil dan pembangunan sebenar mungkin berbeza secara ketara dengan jangkaan yang tersurat atau tersirat oleh pernyataan ini, berdasarkan pelbagai risiko dan ketidakpastian, termasuk kesan COVID-19 terhadap permintaan bagi produk kami dan hasil kewangan kami; perubahan dalam pilihan pengambilan berhubung dengan sirap jagung berfruktosa tinggi dan produk lain buatan kami; kesan keadaan ekonomi global dan keadaan umum politik, ekonomi, perniagaan dan pasaran yang menjejaskan pelanggan dan pengguna dari pelbagai kawasan geografi dan negara, tempat kami membeli bahan mentah kami atau membuat atau menjual produk kami, termasuk, khususnya, keadaan ekonomi, mata wang dan politik di Amerika Selatan dan situasi ekonomi dan politik di Eropah serta kesan faktor ini terhadap jumlah jualan kami, penentuan harga produk kami dan keupayaan kami untuk mengumpul bayaran yang belum diterima daripada pelanggan; pembelian produk kami pada masa depan oleh industri utama yang kami layani, yang menyumbang kepada sebahagian daripada jualan kami yang ketara, termasuk, tanpa batasan, makanan, minuman, pemakanan haiwan dan industri pemburuan; ketidakpastian atas penerimaan produk yang dibangunkan melalui pengubahsuaian genetik dan bioteknologi; keupayaan kami untuk membangunkan atau memperoleh produk dan khidmat baharu pada kadar atau kualiti yang mencukupi untuk memperoleh penerimaan pasaran; persaingan meningkat dan/atau tekanan pelanggan dalam industri penapisan jagung dan industri yang berkaitan, termasuk mengambil kira pasaran dan harga produk utama kami dan produk bersama kami, terutamanya minyak jagung; ketersediaan bahan mentah, termasuk kanji ubi kentang, ubi kayu, gam Arab dan jenis jagung tertentu yang menjadi asas bagi beberapa produk kami, dan keupayaan kami untuk menyalurkan kepada pelanggan peningkatan kos jagung atau bahan-bahan mentah lain yang boleh berlaku; kos tenaga dan ketersediaannya, termasuk isu tenaga di Pakistan; kemampuan kami untuk mengawal kos, mencapai belanjawan dan merealisasikan sinergi yang dijangka, termasuk berkaitan dengan kemampuan kami untuk melengkapkan projek penyelenggaraan dan pelaburan yang dirancang, tepat pada masanya dan mengikut belanjawan serta berhubung dengan kos barangan angkut dan perkapalan; kesan perubahan iklim dan langkah-langkah perundangan, peraturan dan pasaran untuk menangani perubahan iklim; kemampuan kami untuk mengenalpasti dan melengkapkan pemerolehan atau perikatan strategik atas terma yang mendatangkan faedah di samping kebolehan kami untuk mengintegrasikan perniagaan yang diperoleh dengan jayanya atau mengadakan dan mengekalkan perikatan strategik dan mencapai sinergi yang dijangka berhubung dengan apa yang disebut di atas; kesukaran pengendalian di kemudahan perkilangan kami; tingkah laku pasaran modal dan kewangan, termasuk berhubung dengan turun naik mata wang asing, turun naik kadar faedah dan pertukaran dan ketidaktentuan pasaran dan risiko yang dikaitkan dengan perlindungan nilai terhadap keadaan turun naik; kesan konflik antara Rusia dan Ukraine, termasuk impak ketersediaan dan harga bahan mentah dan bekalan tenaga dan ketidaktentuan dalam kadar pertukaran dan faedah; kebolehan kami untuk menarik, membangunkan, memotivasikan dan mengekalkan perhubungan yang baik dengan tenaga kerja kami; impak bencana alam, perang, ancaman atau tindakan ganas, wabak atau pandemik yang berterusan seperti COVID-19, atau berlakunya peristiwa lain yang signifikan, di luar kawalan kami; impak caj pelemahan nilai aset jangka panjang atau muhibah; perubahan dalam dasar kerajaan, undang-undang atau peraturan dan kos kepatuhan perundangan, termasuk kepatuhan dengan peraturan persekitaran; perubahan dalam kadar cukai kami atau pendedahan kepada liabiliti cukai pendapatan tambahan; peningkatan dalam kos pinjaman hasil kadar faedah yang meningkat; kebolehan kami untuk mengumpul dana pada kadar yang munasabah dan lain-lain faktor yang menjejaskan akses kami kepada dana yang mencukupi bagi pertumbuhan dan pengembangan masa depan; pelanggaran keselamatan terhadap sistem teknologi maklumat, proses dan tapak; ketidaktentuan dalam pasaran saham dan lain-lain faktor yang boleh memudaratkan harga saham kami; risiko yang menjejaskan penerusan dasar dividen kami; dan keupayaan kami untuk mengekalkan kawalan dalaman yang efektif bagi pelaporan kewangan.

Pernyataan prospektif kami hanya memberikan gambaran mulai tarikh pengeluaran dan kami tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini mana-mana pernyataan yang memandang ke hadapan untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan selepas tarikh pernyataan berikutan maklumat baharu atau peristiwa atau perkembangan pada masa hadapan. Jika kami mengemas kini atau membetulkan satu atau lebih pernyataan ini, pelabur dan pihak lain tidak boleh buat kesimpulan bahawa kami akan membuat kemas kini atau pembetulan tambahan. Untuk keterangan lebih lanjut tentang ini dan risiko lain, lihat “Risk Factors” dan maklumat lain yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2021 dan Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q untuk tempoh suku tahunan yang berakhir pada 31 Mac 2022 dan dalam laporan kami seterusnya pada Borang 10-Q dan Borang 8-K yang difailkan dengan Surahanjaya Sekuriti dan Bursa.

Ingredion Incorporated
Condensed Consolidated Statements of Income
(Unaudited)
             
             
            
(in millions, except per share amounts)  Three Months Ended September 30, Change
%
  Nine Months Ended
September 30,
 Change
%
    2022  2021      2022  2021   
Net sales  $2,023 $1,763  15%  $5,959 $5,139  16%
Cost of sales   1,649  1,440      4,816  4,098   
Gross profit   374  323  16%   1,143  1,041  10%
             
Operating expenses   180  164  10%   528  484  9%
Other operating expense (income)   10  (1)     4  (29)  
Restructuring/impairment charges and related adjustments   2  (12)     6  362   
Operating income   182  172  6%   605  224  170%
Financing costs   24  20      65  58   
Other non-operating (income)   (3) (1)     (4) (4)  
Income before income taxes   161  153  5%   544  170  220%
Provision for income taxes   52  34      157  113   
Net income   109  119  (8%)   387  57  579%
Less: Net income attributable to non-controlling interests3  1      9  7   
Net income attributable to Ingredion  $106 $118  (10%)  $378 $50  656%
             
             
Earnings per common share attributable to Ingredion         
common shareholders:            
             
Weighted average common shares outstanding:         
Basic   65.8  67.0      66.4  67.2   
Diluted   66.6  67.6      67.1  67.8   
             
Earnings per common share of Ingredion:            
Basic  $1.61 $1.76  (9%)  $5.69 $0.74  669%
Diluted  $1.59 $1.75  (9%)  $5.63 $0.74  661%
             


Ingredion Incorporated
Condensed Consolidated Balance Sheets
 
 
       
   (in millions, except share and per share amounts)September 30, 2022 December 31, 2021
    (Unaudited)  
       
 Assets    
  Current assets   
   Cash and cash equivalents$294  $328 
   Short-term investments 4   4 
   Accounts receivable – net 1,406   1,130 
   Inventories 1,500   1,172 
   Prepaid expenses 64   63 
  Total current assets 3,268   2,697 
       
   Property, plant and equipment – net 2,308   2,423 
   Intangible assets – net 1,286   1,348 
   Other assets 541   531 
 Total assets$7,403  $6,999 
       
 Liabilities and equity   
  Current liabilities   
   Short-term borrowings$709  $308 
   Accounts payable and accrued liabilities 1,240   1,204 
  Total current liabilities 1,949   1,512 
       
   Long-term debt 1,739   1,738 
   Other non-current liabilities 536   524 
  Total liabilities 4,224   3,774 
       
   Share-based payments subject to redemption 43   36 
   Redeemable non-controlling interests 56   71 
       
  Equity   
  Ingredion stockholders’ equity:   
   Preferred stock – authorized 25,000,000 shares – $0.01 par value, none issued -   - 
   Common stock – authorized 200,000,000 shares – $0.01 par value, 77,810,875  
   shares issued at September 30, 2022 and December 31, 2021 1   1 
   Additional paid-in capital 1,133   1,158 
   Less: Treasury stock (common stock; 12,258,900 and 11,154,203 shares   
   at September 30, 2022 and December 31, 2021, respectively) at cost (1,159)  (1,061)
   Accumulated other comprehensive loss (1,052)  (897)
   Retained earnings 4,143   3,899 
  Total Ingredion stockholders’ equity 3,066   3,100 
  Non-redeemable non-controlling interests 14   18 
  Total equity 3,080   3,118 
       
 Total liabilities and equity$7,403  $6,999 
       


Ingredion Incorporated
Condensed Consolidated Statements of Cash Flows
(Unaudited)
 
    Nine Months Ended
September 30,
 (in millions) 2022 2021
       
 Cash provided by operating activities:    
  Net income $387  $57 
  Adjustments to reconcile net income to net cash provided by operating activities:    
  Depreciation and amortization  160   155 
  Mechanical stores expense  42   40 
  Impairment on disposition of assets  -   340 
  Deferred income taxes  (3)  (25)
  Margin accounts  (11)  (34)
  Changes in other trade working capital  (578)  (258)
  Other  83   (16)
  Cash provided by operating activities  80   259 
       
 Cash used for investing activities:    
  Capital expenditures and mechanical stores purchases  (203)  (203)
  Proceeds from disposal of manufacturing facilities and properties  7   17 
  Payments for acquisitions, net of cash acquired  (7)  (40)
  Other  1   (12)
  Cash used for investing activities  (202)  (238)
       
 Cash provided by (used for) financing activities:    
  Proceeds from (payments on) borrowings, net  34   (390)
  Commercial paper borrowings, net  372   350 
  Repurchases of common stock, net  (112)  (68)
  Purchases of non-controlling interests  (40)  - 
  Issuances of common stock for share-based compensation, net of settlements  1   10 
  Dividends paid, including to non-controlling interests  (133)  (138)
  Cash provided by (used for) financing activities  122   (236)
       
  Effect of foreign exchange rate changes on cash  (34)  (16)
  Decrease in cash and cash equivalents  (34)  (231)
  Cash and cash equivalents, beginning of period  328   665 
  Cash and cash equivalents, end of period $294  $434 
       


Ingredion Incorporated
Supplemental Financial Information
(Unaudited)
                
                
I. Geographic Information of Net Sales and Operating Income
                
(in millions, except for percentages)Three Months Ended
September 30,
  Change
Excl. FX
 Nine Months Ended
September 30,
  Change
Excl. FX
   2022   2021  Change   2022   2021  Change 
Net Sales                 
North America $1,262  $1,083  17% 17% $3,720  $3,096  20% 20%
South America  293   260  13% 16%  835   801  4% 4%
Asia-Pacific  278   245  13% 23%  825   728  13% 21%
EMEA  190   175  9% 27%  579   514  13% 26%
Total Net Sales $2,023  $1,763  15% 19% $5,959  $5,139  16% 19%
                  
Operating Income                 
North America $126  $120  5% 5% $443  $403  10% 10%
South America  48   35  37% 43%  125   108  16% 16%
Asia-Pacific  27   21  29% 43%  70   70  0% 10%
EMEA  30   23  30% 52%  90   86  5% 20%
Corporate  (40)  (36) (11%) (11%)  (109)  (95) (15%) (15%)
Sub-total  191   163  17% 23%  619   572  8% 12%
Acquisition/integration costs  -   (3)      (1)  (1)     
Restructuring/impairment charges  -   (8)      (4)  (22)     
Impairment on disposition of assets  -   20       -   (340)     
Other matters  (9)  -       (9)  15      
Total Operating Income $182  $172  6% 12% $605  $224  170% 179%
                  


II. Maklumat Bukan GAAP
 
Sebagai penambahan pada hasil kewangan yang disatukan, disediakan mengikut prinsip-prinsip piawaian perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S, kami menggunakan ukuran kewangan lama bukan GAAP, yang tidak termasuk item GAAP seperti kos pemerolehan dan integrasi, penyusunan semula dan pelemahan nilai, peruntukan cukai (manfaat) Mexico dan lain-lain item yang dinyatakan. Kami secara amnya menggunakan istilah “terlaras” semasa merujuk kepada amaun bukan GAAP ini.
 
Pihak pengurusan menggunakan ukuran kewangan bukan GAAP secara dalaman untuk membuat keputusan yang strategik, meramalkan hasil pada masa hadapan dan menilai prestasi semasa. Melalui pendedahan tentang ukuran kewangan bukan GAAP, pihak pengurusan berhasrat untuk memberikan perbandingan yang lebih bermakna dan konsisten berkenaan hasil dan arah aliran operasi kami bagi tempoh yang dibentangkan. Ukuran kewangan bukan GAAP ini digunakan sebagai tambahan dan bersama dengan hasil yang dibentangkan menurut GAAP dan menggambarkan cara tambahan untuk melihat aspek operasi kami yang memberikan pemahaman yang lebih lengkap tentang faktor dan aliran arah yang menjejaskan perniagaan kami apabila dilihat dengan hasil GAAP kami. Ukuran bukan GAAP ini perlu dianggap sebagai tambahan dan bukannya sebagai pengganti atau lebih penting berbanding ukuran sepadan yang dikira menurut GAAP.
            
Ukuran kewangan bukan GAAP tidak disediakan menurut GAAP, supaya maklumat bukan GAAP kami tidak semestinya dapat dibandingkan dengan ukuran dengan tajuk yang sama yang dibentangkan oleh syarikat lain. Penyesuaian setiap ukuran kewangan bukan GAAP kepada ukuran GAAP yang paling dapat dibandingkan tersedia dalam jadual berikut.
            
Ingredion Incorporated
Reconciliation of GAAP Net Income attributable to Ingredion and Diluted Earnings Per Share (“EPS”) to
Non-GAAP Adjusted Net Income attributable to Ingredion and Adjusted Diluted EPS
(Unaudited)
            
 Three Months Ended Three Months Ended Nine Months Ended Nine Months Ended
 September 30, 2022 September 30, 2021 September 30, 2022 September 30, 2021
 (in millions)Diluted EPS (in millions)Diluted EPS (in millions)Diluted EPS (in millions)Diluted EPS
            
Net income attributable to Ingredion$106 $1.59  $118 $1.75  $378 $5.63  $50 $0.74 
            
Add back:          
            
Acquisition/integration costs, net of $ - million of income taxes for the three and nine months ended September 30, 2022, and inclusive of $ - million and $4 million of income tax expense for the three and nine months ended September 30, 2021, respectively (i) -  -   4  0.06   1  0.01   6  0.09 
            
Restructuring/impairment charges, net of $ - million and $1 million of income tax benefit for the three and nine months ended September 30, 2022, respectively and $1 million and $5 million for the three and nine months ended September 30, 2021, respectively (ii) -  -   7  0.10   3  0.05   17  0.25 
            
Impairment on disposition of assets, net of $ - million of income tax benefit for the three and nine months ended September 30, 2021 (iii) -  -   (20) (0.30)  -  -   340  5.02 
            
Other matters, net of income tax expense of $2 million for the three and nine months ended September 30, 2022, and $ - million and $5 million for the three and nine months ended September 30, 2021, respectively (iv) 7  0.11   -  -   7  0.11   (10) (0.15)
            
Tax (benefit) provision - Mexico (v) (1) (0.02)  5  0.07   (2) (0.03)  4  0.06 
            
Other tax matters (vi) 3  0.05   (1) (0.01)  2  0.03   (29) (0.43)
            
Non-GAAP adjusted net income attributable to Ingredion$115 $1.73  $113 $1.67  $389 $5.80  $378 $5.58 
            
Net income, EPS and tax rates may not foot or recalculate due to rounding.
 
Nota
 
(i) Sepanjang sembilan bulan berakhir 30 September 2022, kami mencatatkan pemerolehan sebelum cukai dan kos integrasi sebanyak $1 juta berhubung dengan pemerolehan dan integrasi KaTech, di samping pelaburan kami dalam usaha sama Argentina.

Sepanjang tiga bulan dan sembilan bulan berakhir 30 September 2021, kami masing-masing merekodkan angka $3 juta dan $1 juta pemerolehan bersih sebelum cukai dan caj integrasi , berhubung dengan pelaburan kami dalam usaha sama dengan Amyris dan Argentina serta pemerolehan PureCircle Limited.
 
(ii) Sepanjang sembilan bulan berakhir 30 September 2022, kami mencatatkan sebanyak $4 juta baki caj berkaitan kos penyusunan semula sebelum cukai bagi program Cost Smart.

Sepanjang tiga bulan dan sembilan bulan berakhir 30 September 2021, kami masing-masing mencatatkan caj berkaitan dengan penyusunan semula sebelum cukai sebanyak $8 juta dan $22 juta, khususnya berhubung dengan program Cost Smart kami. Caj $22 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2022 ialah jumlah bersih bagi laba $5 juta hasil jualan tanah dan bangunan di Stockton, California yang dilaksanakan dalam suku kedua tahun 2021.
 
(iii) Sepanjang sembilan bulan berakhir 30 September 2021, kami mencatatkan $340 juta bersih caj pelemahan nilai aset berhubung dengan sumbangan operasi Argentina Ingredions bagi usaha sama Argentina. Caj pelemahan nilai yang mencerminkan penurunan nilai sebanyak $29 juta bagi nilai adil yang dipersetujui oleh sumbangan aset dan liabiliti yang tertentu di Argentina, Chile dan Uruguay dan hapus kira nilai sebanyak $311 juta bagi kerugian terjemahan kumulatif berhubung dengan aset bersih yang disumbang. Sepanjang tiga bulan berakhir 30 September 2021, kami mencatatkan pelarasan lebihan sebanyak $20 juta terhadap pelemahan nilai setelah transaksi tersebut dimuktamadkan yang menurunkan caj pelemahan nilai aset berjumlah $360 juta yang dicatatkan dalam suku pertama tahun 2021.
 
(iv) Di sepanjang tempoh tiga bulan berakhir 30 September 2022, kami telah mencatatkan caj sebelum cukai sebanyak RM9 juta khususnya berkaitan pada impak pemberhentian kerja berpangkalan di A.S.

Di sepanjang sembilan bulan berakhir 30 September 2022, kami telah mencatatkan manfaat sebelum cukai sebanyak RM15 juta untuk mencerminkan suatu keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Brazil pada Mei 2022 yang mengesahkan bahawa pihak kita berhak ke atas beberapa cukai tidak langsung yang tertentu.
 
(v) Kami masing-masing mencatatkan manfaat cukai sebanyak $1 juta dan $2 juta bagi tiga dan sembilan bulan berakhir 30 September 2022 dan peruntukan cukai masing-masing sebanyak $5 juta dan $4 juta bagi tiga dan sembilan bulan berakhir 30 September 2021 ekoran pergerakan mata wang peso Mexico berbanding Dolar A.S dan impaknya ke atas pengukuran semula penyata kewangan Mexico bagi Syarikat di sepanjang tempoh tersebut.
 
(vi) Item ini berkaitan dengan kontingensi dan liabiliti cukai tahun sebelumnya, penarikbalikan liabiliti cukai berhubung dengan perolehan tertentu yang tidak dikirim dari anak-anak syarikat asing dan hasil cukai daripada tambah balik bukan GAAP yang disebutkan di atas.
 


Ingredion Incorporated 
             
Reconciliation of GAAP Operating Income to Non-GAAP Adjusted Operating Income 
(Unaudited) 
          
          
 Three Months Ended Nine Months Ended  
 September 30, September 30, 
(in millions, pre-tax)2022 2021  2022 2021  
         
Operating income$182$172  $605$224  
         
Add back:       
         
Acquisition/integration costs (i) - 3   1 1  
         
Restructuring/impairment charges (ii) - 8   4 22  
         
Impairment on disposition of assets (iii) - (20)  - 340  
         
Other matters (iv) 9 -   9 (15) 
         
Non-GAAP adjusted operating income$191$163  $619$572  
         
Untuk nota (i) hingga (iv), lihat nota (i) hingga (iv) yang termasuk dalam Penyesuaian Pendapatan Bersih GAAP yang berpunca daripada Ingredion dan EPS Tercair kepada Pendapatan Bersih Bukan GAAP Terlaras disebabkan oleh Ingredion dan EPS Tercair Terlaras. 
  


II. Non-GAAP Information (continued)            
             
             
Ingredion Incorporated
Reconciliation of GAAP Effective Income Tax Rate to Non-GAAP Adjusted Effective Income Tax Rate
(Unaudited)
             
             
             
  Three Months Ended September 30, 2022 Nine Months Ended September 30, 2022
  Income before Provision for Effective Income Income before Provision for Effective Income
(in millions) Income Taxes (a) Income Taxes (b)Tax Rate (b / a) Income Taxes (a)Income Taxes (b)Tax Rate (b / a)
             
As Reported $161  $52  32.3% $544  $157  28.9%
             
Add back:            
             
Acquisition/integration costs (i)  -   -     1   -   
             
Restructuring/impairment charges (ii)  -   -     4   1   
             
Other matters (iv)  9   2     9   2   
             
Tax item - Mexico (v)  -   1     -   2   
             
Other tax matters (vi)  -   (3)    -   (2)  
             
Adjusted Non-GAAP $170  $52  30.6% $558  $160  28.7%
             
             
             
  Three Months Ended September 30, 2021 Nine Months Ended September 30, 2021
  Income before Provision forEffective Income Income beforeProvision forEffective Income
(in millions) Income Taxes (a) Income Taxes (b)Tax Rate (b / a) Income Taxes (a)Income Taxes (b)Tax Rate (b / a)
             
As Reported $153  $34  22.2% $170  $113  66.5%
             
Add back:            
             
Acquisition/integration costs (i)  3   -     1   (4)  
             
Restructuring/impairment charges (ii)  8   1     22   5   
             
Impairment on disposition of assets (iii)  (20)  -     340   -   
             
Other matters (iv)  -   -     (15)  (5)  
             
Tax item - Mexico (v)  -   (5)    -   (4)  
             
Other tax matters (vi)  -   1     -   29   
             
Adjusted Non-GAAP $144  $31  21.5% $518  $134  25.9%
             
             
             
Untuk nota (i) hingga (vi), lihat nota (i) hingga (vi) yang disertakan dalam Penyesuaian Pendapatan Bersih GAAP yang berpunca daripada Ingredion dan EPS Tercair kepada Pendapatan Bersih Bukan GAAP Terlaras yang boleh dikaitkan dengan Ingredion dan EPS Tercair Terlaras.
             


II. Non-GAAP Information (continued)       
        
        
Ingredion Incorporated
Reconciliation of Expected GAAP Diluted Earnings per Share (“GAAP EPS”)
to Expected Adjusted Diluted Earnings per Share (“Adjusted EPS”)
(Unaudited)
        
        
  Expected EPS Range   
  for Full-Year 2022   
  Low End of Guidance High End of Guidance   
GAAP EPS $6.90  $7.20   
        
Add:       
        
Acquisition/integration costs (i)  0.01   0.01   
        
Restructuring/impairment charges (ii)  0.05   0.05   
        
Other matters (iii)  0.11   0.11   
        
Tax item - Mexico (iv)  (0.10)  0.05   
        
Other tax matters (v)  0.03   0.03   
        
Adjusted EPS $7.00   $7.45   
        
        
        
Perkara di atas merupakan penyesuaian EPS tercair bagi tahun penuh 2022 yang kami jangkakan terhadap EPS tercair terlaras bagi tahun penuh 2022 yang kami jangkakan. Amaun di atas mungkin tidak menggambarkan caj, kos dan/atau perolehan tertentu akan datang yang sememangnya sukar untuk diramalkan dan dianggarkan disebabkan oleh pemasaan, kesan dan/atau kepentingan yang tidak diketahui. Amaun ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pelarasan kepada EPS GAAP untuk kos pemerolehan dan integrasi, kos pelemahan nilai dan penstrukturan semula serta item tertentu yang lain. Secara umumnya, kami mengecualikan pelarasan ini daripada panduan EPS terlaras kami. Atas sebab-sebab ini, kami lebih yakin dengan keupayaan kami meramalkan EPS terlaras berbanding keupayaan kami meramalkan EPS GAAP.
        
Pelarasan ini kepada EPS GAAP bagi tahun 2022 termasuk yang berikut:     
        
(i) Caj pemerolehan dan integrasi untuk pemerolehan dan penyepaduan KaTech kami, serta pelaburan kami dalam usaha sama Argentina.
        
(ii) Baki caj berkaitan penstrukturan semula untuk program Cost Smart (Pintar Kos).     
        
(iii) Caj setakat ini terutamanya berkaitan dengan kesan pemberhentian kerja yang berpangkalan di A.S.   
        
(iv) Perbelanjaan cukai (faedah) akibat pergerakan peso Mexico berbanding dolar A.S. dan kesannya ke atas pengukuran semula penyata kewangan Mexico Syarikat dalam tempoh tersebut.
(v) Perkara ini berkaitan dengan liabiliti dan luar jangka cukai tahun sebelumnya.     
      


II. Non-GAAP Information (continued)        
         
         
Ingredion Incorporated
Reconciliation of Expected U.S. GAAP Effective Tax Rate (“GAAP ETR”)
to Expected Adjusted Effective Tax Rate (“Adjusted ETR”)
(Unaudited)
         
         
  Expected Effective Tax Rate Range   
  for Full-Year 2022   
  Low End of Guidance  High End of Guidance   
GAAP ETR 28.0 % 31.5 %  
         
Add:        
         
Acquisition/integration costs (i) - % - %  
         
Restructuring/impairment charges (ii) 0.2 % 0.2 %  
         
Other matters (iii) 0.3 % 0.3 %  
         
Tax item - Mexico (iv) 1.0 % (1.5)%  
         
Other Tax Matters (v) (0.2)% (0.2)%  
         
Impact of adjustment on Effective Tax Rate (vi) (0.8)% (0.8)%  
         
Adjusted ETR 28.5 % 29.5 %  
         
         
Perkara di atas merupakan penyesuaian GAAP ETR tahun penuh 2022 yang kami jangkakan terhadap ETR terlaras tahun penuh 2022 yang kami jangkakan. Amaun di atas mungkin tidak menggambarkan caj, kos dan/atau perolehan tertentu akan datang yang sememangnya sukar untuk diramalkan dan dianggarkan disebabkan oleh pemasaan, kesan dan/atau kepentingan yang tidak diketahui. Amaun ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pelarasan kepada ETR GAAP untuk kos pemerolehan dan integrasi, kos pelemahan nilai dan penstrukturan semula serta item tertentu yang lain. Secara umumnya, kami mengecualikan pelarasan ini daripada panduan ETR terlaras kami. Atas sebab-sebab ini, kami lebih yakin dengan keupayaan kami meramalkan ETR terlaras berbanding keupayaan kami meramalkan ETR GAAP.
 
Pelarasan ini kepada ETR GAAP bagi tahun 2022 termasuk yang berikut:      
         
(i) Kesan cukai terhadap caj pemerolehan dan integrasi untuk pemerolehan dan penyepaduan KaTech kami, serta pelaburan kami dalam usaha sama Argentina.
         
(ii) Kesan cukai terhadap baki caj berkaitan penstrukturan semula untuk program Cost Smart.   
         
(iii) Kesan cukai terutamanya ke atas caj setakat ini yang berkaitan dengan kesan pemberhentian kerja yang berpangkalan di A.S..   
         
(iv) Faedah cukai (perbelanjaan) hasil daripada pergerakan peso Mexico berbanding dolar A.S. dan kesannya kepada pengukuran semula penyata kewangan Mexico bagi Syarikat dalam tempoh tersebut.
(v) Perkara ini berkaitan dengan liabiliti dan luar jangka cukai tahun sebelumnya.      
         
(vi) Kesan tidak langsung kadar cukai selepas perkara (i), (ii) dan (iii).
 

PIHAK PERHUBUNGAN:
Para Pelabur: Noah Weiss, 773-896-5242
Media: Becca Hary, 708-551-2602